Friday, October 23, 2009

bersederhana dalam berkata-kata


dari sahabatmu yussamir yusof aljohori
“Apakah perkara yang perlu kita lakukan apabila kita berhujah dengan mereka yang jahil?”Adakah kita kan terus-menerus dengan hujah kita dan adakah kita akan terus dengan menyogok mereka dengan kebenaran sedangkan mereka tidak mahu menerimanya?Adakah kita masih mahu teruskan ketegangan dengan mereka?Jika kita masih berdegil untuk berhujah walaupun ia nya benar,sebenarnya kamu adalah orang yang kalah dan bodoh walaupun kamu berilmu.Sikap orang yang berilmu adalah berhenti dan berdiam diri jika menghadapi situasi berdepan dengan mereka yang jahil yang berhujah dengan emosi dan kata-kata nista.Kerana berdiam diri itu lebih baik bila berdepan dengan orang-orang begini jika kamu teruskan maka kamu akan hidupkan api yang mulanya kecil menjadi besar,bukan orang yang menyalakan sahaja akan terbakar tapi kamu turut terbakar.” Pesan ustas Ilham guru hafazan dan khat saya.Memang pesannya cukup berkesan dalam diri ini apabila menghadapi situasi diatas,saya juga merasakan berdiamnya saya adalah satu perkara yang wajar kerana saya tak mahu termasuk mereka yang terbakar.Saya juga teringat dengan satu pepatah melayu iaitu mengalah tidak semestinya kalah.Terima kasih sahabat dalam susah senang kamu semua tetap bersama saya,dan jika saya salah dan tersasar kamu membetulkan saya dan bila saya betul kamu tambah lagi kebenaran itu.Terima kasih sahabat kerana persahabatan kita atas cinta yang sama iaitu untuk mengangungkan Allah,minda ini sentiasa teringat-teringat dengan hadis nabi “Dari Abu Hurairah katanya RasullAllah bersabda “sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak , “MANA ORANG-ORANG YANG SALING MENCINTAI KERANA KEAGUNGANKU?Hari ini Kunaungi mereka ,dimana tidak ada naungan yang lain selain naunganKU” (Hadis riwayat Muslim bab kebajikan ,silaturahin dan adab ms 207 kitab sahih muslim)
Dan saya juga teringat akan sabda nabi mengenai mereka sentiasa memaafkan orang yang berbuat jahat pada diri mereka iaitu“Dari Abu Hurairah dari RasullAllah SAW sabdanya “sedekah tidak mengurangi harta seseorang .Seseorang yang pemaaf Allah menambahkan kemuliaan baginya.Dan seorang yang tawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya” (Hadis riwayat Muslim ms 217) dan dek kerana hadis diatas la saya akan InsyaAllah sentiasa memaafkan orang.Bila kita lihat trend cabar mencabar dan debat berdebat yang tidak kunjung padam saya berasa terkilan kerana tidakkah mereka sedar akan satu hadis nabi “orang Mukmin sesame orang mukmin bagaikan sebuah rumah.Satu sama lain hendaklah saling menguatkan”(hadis riawayat Muslim).Berdiamnya saya bukanlah satu perkara yang sukar dan kepada sahabat saya yang menyuruh saya menyangkal mereka-mereka ini,saya mohon maaf kerana saya takut hati ini penuh dengan rasa marah dan kebencian bila lakukan semua itu.Sahabatku tidakkah kita sama-sama mengetahui bahawa junjungan besar kita pernah berpesan pada kita melalui sunnahnya iaitu “Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah” (hadis riwayat Muslim).Nah!Junjungan kita telah berpesan sebegitu dan inilah jalan terbaik buat saya dan kita semua,berdiamlah sebentar tapi ingat jiwa kita pada Islam dan perjuangan kita dalam menegakkan kebenaran atas dasar cinta kita pada Allah tidak akan sesekali padam dan terdiam.Kita akan teruskan perjuangan kita dalam pelbagai medium,sama ada penulisan atau sebagainya,dan bagi saya selagi nyawa ini didalam tanganNYA ini tidak diambil selagi itu tangan ini tetap terus untuk menulis.Dan perjuangan kita tidak akan pernah padam sahabatku.Biarlah mereka-mereka mahu menghina atau perbuat apa-apa pun kerana kita sentiasa ditarbiah dengan hadis nabi “seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannay teraniya dan janganlah menghinany.Taqwa tempatnya disini!sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesame muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesame muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya”(Hadis Riwayat Muslim ms205).Dan sahabatku yang saya sangat sayangi tidak perlulah lagi kita berterusan menulis di shout box saya untuk menyangkal mereka kerana diri kita tidak ditarbiah sepertimana mereka perlakukan.Sahabatku biarlah keadaan dan masa yang dibawah kawalan Allah yang mengadilinya,teruskan perjuangan kita mencari kebenaran dan membongkar penyelewengan dan kepalsuan.Dan jangan biarkan agama Islam terus diperlekeh oleh mereka yang tidak tahu,inilah tarbiah kita wahai sahabatku.
Dan sahabatku ini pesanku yang terakhir dalam artikel ini,janganlah ada setitik pun permusuhan kita terhadap mereka ini didalam hati kita,hayatilah pesan Nabi ini sahabatku “Pintu syurga dibuka setiap hari isnin dan khamis,maka Allah akan ampuni setiap dosa hambaNYA yang tidak musyrik kecuali orang yang bermusuhan dengan saudaranya(sesama muslim).Maka dikatakan,tunggulah dahulu dua orang uni berdamai!Tunggulah kedua orang ini berdamai!Tunggulah kedua orang ini berdamai!(hadis Riwayat Muslim ms 205)…Kita ditarbiah dalam tarbiah Islam maka tunjukkanlah keagungan Islam itu melalui sikap kita wahai sahabatku,sahabatku teruskan perjuangan kita walau diri kita dihimpit dengan pelbagai dugaan dan cubaan.Tidakkah kita selalu membaca firman Allah “[2.286] Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
sekian dari sahabatmu ~~wasalam

2 comments:

RENUNGAN BERSAMA.... said...
This comment has been removed by the author.
RENUNGAN BERSAMA.... said...

salam ......